• Home
  • About
  • Disclaimer
  • Worthy

Three, Two, One… SNAP

Property of Henry Yew

Feeds:
Posts
Comments

Pergaulan Pelajar UTP – Adakah Terlalu Bebas?

November 19, 2007 by Henry Yew

 

Memandangkan artikel di atas ditulis dalam Bahasa Melayu, maka saya akan menulis artikel ini dalam Bahasa Melayu juga.

Adakah pergaulan pelajar di Universiti Teknologi Petronas terlalu bebas sehinggakan terdapat pelajar tahun pertama yang menulis kepada akhbar dan seolah-olah menyatakan bahawa pergaulan bebas pelajar UTP amat mengaibkan. Persoalannya ialah adakah pernyataan itu benar, atau semata-mata bersifat konservatif? Saya juga telah belajar di universiti ini selama dua tahun, dan saya rasa saya juga berhak memberi pendapat saya berkenaan perkara ini yang menarik perhatian saya.

Tidak dapat disangkalkan bahawa terdapat pelajar lelaki yang berada di bawah blok asrama perempuan dan berbual-bual dari tengah malam sehingga ke waktu pagi. Namum demikian, patutkah dan perlukah kegiatan tersebut dipertikaikan?

Dari segi agama, kegiatan seks atau perbuatan maksiat memanglah salah, tidak mengira sama ada agama itu Islam, Kristian, Buddha ataupun Hindu. Malah orang yang tidak beragama (atheist) juga berpendapat bahawa kegiatan seks luar nikah atau sebarang perbuatan maksiat adalah perbuatan yang tidak berakhlak.

Saya juga tidak dapat menafikan bahawa perbuatan berpelukan di hadapan orang ramai tidak sedap dipandang orang lain, tetapi kita tidak seharusnya begitu cepat memberi komen dan melabelkan perbuatan tersebut sebagai perbuatan seksual. Pendek kata, kita harus mengikiskan sikap judgemental yang kita miliki.

Masalah pelajar-pelajar keluar pada waktu malam untuk menonton wayang ataupun berada di gerai-gerai mamak untuk minum seolah-olah menjadi dosa. Adakah perkara itu benar? Saya percaya bahawa jika universiti begitu berazam untuk menghindari kita daripada keluar pada waktu malam, mengapa pula pintu pagar universiti tidak ditutup pada tengah malam? Bukankah mudah untuk pihak berkuasa universiti untuk mengeluarkan arahan kepada Jabatan Sekuriti untuk menutup pintu pagar universiti apabila tiba masanya?

Namun, pihak berkuasa universiti tidak mengambil tindakan begitu. Adakah kita patut menyoal pula mengapa mereka membiarkan pelajar-pelajar keluar pada waktu malam begitu sahaja? Saya rasa tidak sama sekali.

Apakah salahnya untuk keluar sekali-sekala pada waktu malam untuk minum dan makan? Apakah salahnya untuk berseronok sekali-sekala? Apakah yang menyebabkan kita akan dituduh mencemarkan nama baik universiti pula? Adakah salah kalau kita memilih untuk minum dari malam sehingga ke pagi? Bukankah itu kebebasan yang diberikan oleh pihak universiti? Kita tidak menyalahgunakan kebebasan tersebut.

Janganlah kita sentiasa memikirkan bahawa bergaul dengan orang yang berlainan jantina itu tidak baik dari segi agama. Tuhan mencipta lelaki dan perempuan dengan sebab-sebab tertentu. Saya berasa amat sedih sekali apabila melihat golongan lelaki enggan atau kurang bergaul dengan golongan perempuan. Adakah berbual-bual dan duduk dengan orang yang berlainan jantina itu dianggap salah?

Penulis artikel, J SAD, tidak menyatakan jika beliau ada ternampak sebarang perbuatan maksiat ataupun tidak. Beliau hanya menyatakan bahawa pelajar-pelajar lelaki suka berpeleseran di blok asrama perempuan, terdapat pelajar-pelajar yang berpelukan di hadapan blok asrama dan pelajar-pelajar suka keluar pada waktu tengah malam. Pada asasnya, saya rasa tidak ada apa-apa yang haram asalkan tidak sampai ke tahap bercumbu-cumbuan ataupun berkhalwat.

Pada dasarnya, apa yang J SAD tidak berpuas hati adalah sikap pelajar-pelajar UTP yang bergaul secara bebas. Namun begitu, apakah salahnya kita bergaul bebas? Adakah kerana pergaulan secara bebas itu amalan orang barat maka itu adalah jahil? Amalan atau budaya barat tidak semestinya memberikan kesan yang negatif, dan asimilasi budaya barat tidak bermakna budaya timur kita diketepikan.

Jika J SAD berpendapat bahawa pelajar-pelajar UTP suka bergaul secara bebas, mengapa pula terdapat segregasi jantina dalam kuliah pula? Tahukah anda betapa susahnya pensyarah-pensyarah meminta pelajar bergaul dengan semua rakan tanpa mengira jantina? Tahukah anda terdapat juga pensyarah-pensyarah yang tanya mengapa pula terdapat satu kawasan dalam dewan kuliah yang “dikuasai” oleh pelajar lelaki dan satu lagi kawasan oleh perempuan? Saya rasa kita boleh membuat kesimpulan bahawa pergaulan secara bebas itu bukannya satu isu yang patut dipertikaikan.

Jikalau pelajar-pelajar UTP memang bergaul dengan bebas sekalipun, selagi segala perbuatan tidak melampaui batasan agama ataupun moral, dengan tegasnya saya ingin tanya, “Adakah itu salah?“

Kita patut faham bahawa dewasa kelak, kita akan bekerja dengan orang yang berlainan jantina, kaum dan agama. Kita perlulah membiasakan diri kita dengan keadaan tersebut sekarang juga. Kita perlulah menjalinkan hubungan rapat dengan rakan-rakan kita tanpa mengira latar belakang mereka, tidak kiralah sama ada mereka lelaki ataupun wanita.

Adalah menjadi hak kita untuk bergaul dan berkenal-kenalan dengan sahabat. Saya rasa bahawa orang yang berfikiran seperti J SAD membuat kesimpulan yang ekstrem dan kurang munasabah bahawa pergaulan bebas itu tidak baik. Pergaulan bebas, pada dasarnya, tidak mendatangkan apa-apa kesan buruk kepada kita. Yang patut dipersalahkan ialah nafsu dan kuasa kawalan diri kita yang lemah. Kita tidak patut menyalahkan pergaulan bebas sebagai faktor kegiatan maksiat. Sebaliknya, kita hanya boleh menyalahkan diri sendiri kerana kita berjaya ditipu oleh syaitan untuk melakukan perkara-perkara yang tidak senonoh. Saya tidak percaya bahawa jika kita tidak bergaul dengan bebas, maka kegiatan maksiat akan dikurangkan. Tidak sama sekali! Selagi kita dikawal oleh nafsu kita, selagi itulah kegiatan maksiat akan tetap berlaku.

Justeru, tidak salah kita bergaul secara bebas. Pergaulan itu menjadi salah apabila kita melampaui batasan moral kita. Yang harus dipersalahkan itu hanyalah diri sendiri. Janganlah kita menjadikan konsep pergaulan itu sebagai bahan kritikan atau cemuhan pula. Sebelum kita memberi sebarang kritikan, baiklah kita mencerminkan diri dahulu.

Posted in Advice, Education, Henry Yew, Religion, Social, Wisdom | 9 Comments

9 Responses

  1. on November 19, 2007 at 4:54 pm revan

    hey guo zheng, mind if u send this to all local newspapers? would really appreciate if if u do so.


  2. on November 20, 2007 at 2:22 pm Leslie Linda

    Sungguhpun demikian, Henry, pandangan setiap individu berkenaan apa yang dianggap betul ataupun salah adalah berbeza sama sekali. Sesungguhnya, kita tidak mungkin dapat menafikan bahawa terdapat sesetengah pihak yang akan sengaja menegakkan benang yang basah. Namun, apa yang pasti,pandangan setiap individu adalah berbeza. Oleh itu, tindakan yang dianggap salah mungkin akan dianggap betul di mata individu lain. Yang penting, kita sendiri perlu belajar untuk berfikiran lebih terbuka demi kepentingan negara kita untuk menuju ke arah era globalisasi yang kian mencabar.


  3. on February 28, 2008 at 4:21 pm Concern Observer

    Semestinya pergaulan antara lelaki dan wanita merupakan sesuatu yang berlaku pada setiap masa kerana keperluan-keperluan yang timbul untuk ianya berlaku.

    Namun begitu, pergaulan antara lelaki dan wanita mempunyai batas-batas yang tertentu supaya kesucian pertalian hidup manusia (kinship) itu tidak dicemari akibat daripada dua insan yang lemah mengawal diri ketika bergaul dan akhirnya ditipu serta terjerumus ke dalam jurang hina seks luar nikah (sex outside marriage).

    Apa yang menjadikan pergaulan itu sesuatu yang dibenarkan atau dilarang adalah hasil daripada samada batas-batas yang telah ditetapkan itu dilanggar atau diikuti. Batas-batas ini berdasarkan nilai-nilai agama..baik Islam, Kristian, Buddha, Hindu, Sikh dan sebagainya kerana setiap agama ini mempunyai nilai-nilai tertentu yang menetapkan cara pergaulan antara lelaki dan wanita itu boleh berlaku dan atas dasar keperluan apa ianya dibolehkan atau dilarang.

    Apa yang seharusnya kita sebagai generasi pewaris kepemimpinan di Malaysia untuk masa hadapan yang mendatang ini khususnya ialah kita perlu kembali kepada nilai2 ini dengan kita sama-sama berusaha memahami nilai2 tersebut dan pastikan ianya dipraktikkan dalam kehidupan kita. Kalau kita beragama Islam, maka kita kembali kepada Islam dan beramal dengan nilai Islam yang sebenarnya dan ikut batas2 pergaulan yang Islam telah tetapkan, begitu juga bagi di antara kita yang beragama Kristian, Buddha, Hindu, Sikh, dan lain-lain.

    Budaya dan gejala negatif yang dapat kita lihat pada masa kini antara generasi kita ialah kerana lemahnya generasi kita di dalam memahami nilai2 agama masing2. Saya percaya jika kefahaman itu wujud di dalam diri setiap individu generasi kita ini, maka akan kurang jenayah-jenayah dan gejala negatif yg lain yang berlaku. Cumanya perlu ade kesedaran dan usaha dari individu ini yang semestinya seharusnya wujud di dalam diri kita dahulu sebelum ianya diwujudkan dalam diri orang lain.

    Harap komen ini dapat membuka minda kita…generasi yang bakal meneraju Malaysia pada masa hadapan…


  4. on February 28, 2008 at 5:57 pm Henry Yew

    Concern Observer,
    Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa setiap agama mempunyai batas-batas tertentu yang tidak boleh dilanggar. Saya percaya walaupun seseorang individu tersebut mungkin tidak mempunyai panduan agama yang kuat, namun pendidikan moral yang diberikan (terutamanya kepada pelajar-pelajar bukan Muslim) sejak dari zaman sekolah lagi dapat diterapkan, dan oleh itulah kita haruslah akur pada batas-batas tersebut.

    Namun begitu, ada segelintir yang berpendapat bahawa pergaulan bebas antara lelaki dengan perempuan, pada dasarnya itu, ialah tanda-tanda mendekati zina atau gejala seks. Pada pendapat saya, selagi kita tahu batas-batas kita yang tertentu, pergaulan bebas itu tidak mendekati zina, malah membantu kita mengenali lebih banyak sahabat.

    Kita tidak bolehlah disebabkan terdapat pelajar yang keluar makan minum pada lewat malam itu bersama dengan pelajar yang berlainan jantina itu maka dikatakan kegiatan zina sedang atau akan berlaku. Itu ialah pandangan yang amat sempit mindanya dan bersifat prejudis.


  5. on August 5, 2008 at 2:22 am COMPAQ

    Sebenarnya dalam Islam tidak ada istilah “pergaulan bebas”, sebab secara fitrah manusia memiliki keharusan untuk bergaul dalam interaksi sosial yang merupakan sunah sosial dan kehidupan itu sendiri. Namun setelah masuknya budaya asing -ke dalam pergaulan masyarakat muslim- yang dibentuk oleh kecenderungan material semata-mata dan falsafah hidup yang lahir dari bumi dan hawa nafsu, maka Islam menamakannya sebagai pergaulan bebas, bebas dari tuntunan wahyu, moral dan fitrah.

    Jika kita berbicara masalah pergaulan pada era globalisasi saat ini memang sangat rumit. Dalam erti yang lain, kita hidup dengan manusia yang mempunyai prinsip dan pandangan hidup yang berbeza, bahkan masyarakat di kota-kota besar dapat dikatakan memiliki kecenderungan hidup bebas. Terkadang dengan kondisi seperti itu, kita menghadapi sebuah dilema bagaimana menempatkan diri dalam dunia pergaulan agar kita sebagai muslim dapat diterima oleh lingkungan, tetapi keyakinan atau syariat Islam pun tetap terjaga.

    Sebetulnya, kaedah yang paling tepat dalam pergaulan, khususnya dengan lawan jenis (berbeza jantina) adalah pandai-pandai menempatkan diri dan menjaga hati (bergantung kepada penilaian iman dalam situasi berkenaan). Usahakanlah untuk mengerti situasi bila kita harus serius dan bila harus santai, “think before you act” sangatlah penting.

    Meskipun demikian, menjaga etika pergaulan seperti menundukkan pandangan adalah sangat dianjurkan (wajib hukumnya, dalam erti kata, tidak meihat dengan syahwat). Namun inti dari ajaran ini adalah bagaimana kita menjaga kebersihan dan kesucian hati. Istilahnya, untuk apa kita menundukkan pandangan atau menghindar dari pertemuan dengan lawan jenis jika hati tidak kita tundukkan?

    Allah Swt berfirman:

    يَعْلَمُ خَائِنَةَ الْأَعْيُنِ وَمَا تُخْفِي الصُّدُورُ (غافر :19)

    “Dia (Allah) Mengetahui (pandangan) mata yang khianat dan apa yang disembunyikan oleh hati”. QS. 40:19

    Semua tergantung pada niat kita. Contohnya, dalam suasana kerja atau organisasi di mana kita dituntut untuk berinteraksi dengan orang banyak, baik laki-laki atau wanita, kita tentu saja diperbolehkan mengadakan kontak dengan lawan jenis (berbeza jantina, lelaki dengan perempuan). Pada prinsipnya, jika maksud kita untuk kebaikan dan batasan-batasan syariat tetap dijaga, semuanya dibolehkan dalam Islam. Islam tidaklah pernah bertujuan untuk mempersulitkan sesuatu, tapi justru mempermudahkan hidup kita. Segala yang disyariatkan sudah barang tentu demi kebaikan umat manusia.

    Demikian halnya dengan seruan ditetapkannya legalitas (undang-undang kenegaraan misalnya) tidak menutup muka wanita serta penyertaan mereka dalam kehidupan sosial bersama laki-laki (seperti dalam bidang pendidikan, pekerjaan dan sebagainya yang sesuai denga tanggungjawab sosial sebagai wanita) dengan menjaga batasan-batasan syariat adalah seruan kepada hidayah, dan hidayah Allah Swt itu membawa kemudahan bagi manusia. Bukan seperti dua kelompok yang kesulitan memahami seruan hidayah ini:

    Pertama, kelompok yang mengharamkan terbukanya wajah wanita dan segala bentuk penyertaan wanita dalam pelbagai kondisi, walau ia sangat memerlukan dan diperlukan serta telah menjaga batasan syariat. Barangkali mereka lupa terhadap satu peringatan Nabi saw.:

    “Bahwa mengharamkan yang halal sama seperti menghalalkan yang haram”, HR. Athabarani, keduanya dianggap melampaui batas syariat.

    Sedang Rasulullah saw. ketika mensunahkan (membenarkan akan syariat) terbukanya wajah wanita dan penyertaan mereka dalam kehidupan sosial (sesuai dengan tanggungjawab sosial mereka), Baginda saw menginginkan kebaikan bagi kaum muslimin, karena hal itu akan mempermudahkan pergaulan mereka dalam kehidupan yang positif dan serius, serta membuka pintu aktiviti soleh untuk wanita, mulai dari menuntut dan mengajarkan ilmu, membantu kerja suami yang lemah, hingga andil dalam kegiatan sosial atau politik yang dapat mendukung perkara positif, konsruktif sekaligus melawan kerosakan, penyimpangan dan lain-lain.

    Kedua, kelompok yang menentang syariat. Dalam pergaulan mereka senantiasa senang berbuat urakan, bercampur bebas tanpa batas dan aturan kesopanan, berpakaian mini dan setengah telanjang, ketat dan jarang. Maka, pergaulan dan perjumpaan seperti ini sering membuat mereka menderita, kerana di samping terkena murka Allah Swt, mereka terjerumus ke dalam berbagai penyakit sosial seperti yang dideritai oleh masyarakat Barat.

    Kedua kelompok tersebut sama-sama bingung dalam menempatkan diri mereka di dalam dunia material yang serba maju ini. Oleh karena itu, sebagai muslim yang merasa dirinya beriman, harus memahami etika pergaulan, penyertaan dan perjumpaan laki-laki dan wanita yang telah ditetapkan Islam dalam kehidupan sosial.

    Etika sempurna; etika yang dapat melindungi moral serta tidak merusak kehidupan yang baik. Etika yang dapat menumbuh kembangkan kebaikan dan kebajikan, menjauhi kemunkaran dan menjinakkan potensi untuk berbuat buruk, adalah etika luhur yang dapat memperkaya kesihatan psikologi laki-laki dan wanita secara sempurna. Kerana di satu sisi tidak terjadi perlecehan, pelanggaran dan rangsangan seksual terhadap lawan jenis, dan di sisi lain bukanlah sebuah pelarian, tindakan berlebihan, perasaan malu yang bukan pada tempatnya dan alergi terhadap lawan jenis.

    Jika dalam etika Islam ini ada perhatian yang lebih kepada muslimah -ketimbang muslim-, baik dalam berpakaian, bicara atau gerak-gerik dan lain-lain, hal itu karena wanita lebih banyak menanggung beban dalam merealisasikan kemaslahatan dan kepentingan hidup dalam pergaulan serta bermasyarakat. Sebab jika banyak kemaslahatan dan kepentingan, pertemuan pun menjadi banyak. Sebaliknya jika kepentingan itu sedikit, pertemuan pun menjadi sedikit.


  6. on October 8, 2008 at 12:04 am sss

    bg saya, pergaulan bebas di sini bukan bermaksud boleh bergaul berlainan jantina, agama, bangsa & negara.. tapi “bebas” ini merujuk kepada tanpa ada batasan akhlak yang digariskan oleh Allah..


  7. on October 14, 2008 at 3:02 am GG

    bagi je J SAD menjadi gay…bodo je org zaman moden ni masih lg fikir camtu…


  8. on May 21, 2009 at 12:12 am anip

    saya merupakan pelajar baru di utp, ttp apa yg saya lihat ialah kebanyakkan pergaulan bebas berlaku antara pelajar bukan muslim n foreigner..

    pelajar bumiputra tidaklah seteruk yg diperkatakan..


  9. on May 21, 2009 at 12:56 pm Henry Yew

    Ini bukan merupakan isu untuk membezakan sama ada yang bergaul bebas itu bumiputera atau bukan bumiputera, Muslim atau bukan Muslim, pelajar tempatan ataupun pelajar dari luar negara.

    Isu ini harus dilihat secara objektif dan menyeluruh. Jika dibezakan seperti yang anda lakukan itu, maka secara tidak langsung pembahagian telah dilakukan.

    Artikel di atas tidak membezakan sama ada yang bergaul secara bebas itu biasanya pelajar bumiputera ataupun bukan.

    Isu-isu penting yang perlu dijawab adalah maksud pergaulan secara bebas (adakah pergaulan secara bebas itu bermaksud sehingga bermaksiat) dan adakah pergaulan pelajar di UTP terlalu bebas.

    Jika pergaulan yang kita lihat dan alami itu ialah pergaulan secara bebas, adakah tidak adil dan tidak benar jika saya membuat kesimpulan bahawa penulis artikel itu seolah-olah menghendakkan pelajar-pelajar UTP supaya kurang berkawan dan jangan bergaul dengan orang yang berlainan jantina?

    Inilah isu-isu yang perlu dihuraikan.



Comments are closed.

  • The Author And His Latest Entries

    • Henry Yew
      • The Soothing Tones
      • The Week That Has Been
      • SRCUTP – Government; students – Opposition?
      • Feeling Nostalgic?
      • Masquerade Night 2009
  • Announcement

    Comment moderation has been turned on. This only applies to comment writers who post comments for the first time here. Upon approval, subsequent comments will be automatically approved, unless deserving further moderation.

    In order to ensure the timeliness and accuracy of certain issues, posts are only open to comments for a period of 365 days, after which comments will be closed. It is a sign that the author is no longer able to provide information based on that particular post.

    For the Disclaimer, please click the "Disclaimer" link at the tab on top of this site.

  • Give me Something!

    Sure thing. Just CLICK HERE!
  • Most Read

    • The Soothing Tones
    • Pergaulan Pelajar UTP - Adakah Terlalu Bebas?
    • Singapore December 2008 Travels (Episode 1)
    • English as the Medium of Instruction for Mathematics and Science
    • Effective Delivery in Lectures
    • The Week That Has Been
    • PPSMI - What now?
    • Outward Bound Malaysia, Lumut (Episode 1)
    • ASEAN Pre-University Scholarship 2006/2007 (Provisional)
    • LTCL Recital
  • How Many Came?

    • 40,266 hits, and still counting.
  • Chronology

    November 2007
    S M T W T F S
    « Oct   Dec »
     123
    45678910
    11121314151617
    18192021222324
    252627282930  
  • What did people say?

    joe on The Soothing Tones
    Henry Yew on The Soothing Tones
    joe on The Soothing Tones
    joe on The Week That Has Been
    Jasper on The Soothing Tones
  • How many junk comments were caught?

    5,757 spam comments
    blocked by
    Akismet
  • Family

    • Alex Chew
    • David Lim
    • Jackie Lim
  • Friends

    • Albert Wong
    • Aw Sheng Yuen
    • Ban Vin Fei
    • Carmen Lee
    • Chan Chee Lupp
    • Chan Wei Shin
    • Cheng Lee Chon
    • Chin Shu Wei
    • Chong Ai-Lynn
    • Chong Kah Loong
    • Chrispian Arthur Epui
    • Chung Kar Wah
    • Claire Lai
    • Clarence Choong
    • Eric Tiew
    • Gan Denson
    • Gan Wei Di
    • Gary Choy
    • Gavin Khor
    • Hazmatul Farha
    • Ho Wei Ni
    • Hor Wei Vern
    • Houng Nai Hui
    • Isaac Wong
    • Jared Ee
    • Jason Lee Chor Kwan
    • Jaspreet Singh Kwatra
    • Jesse Oliver Yeo
    • Joanna Chia
    • Joanna Gough
    • John Emmanual Edmund
    • Josiah Tay
    • Khael Malik
    • Kok Joon Jiet
    • Lai Ser Chun
    • Lee Kok Meng
    • Lee Seng Foo
    • Liew Kei Fai
    • Lim Rern Jern
    • Mildred Vanessa Epui
    • Nabila Lau
    • Ng Chien Young
    • NJ
    • Ong Wen Sher
    • Petrina Tan
    • Pui Wei Jui
    • Renae Teo
    • See Yun Chuan
    • Stella Jagah
    • Stephanie Cristal Daud
    • Steven Lau
    • Tan Hui Wen
    • Tan-Loh Joash
    • Timothy Wong
    • Toh Kian Hin
    • William Wan
    • Wong Wei Li
    • Wooi Wei Ken
  • Others

    • Cakap Tak Serupa Bikin
    • Patrick Teoh
    • YouthSays
  • Random Visitor

    • Shaz FX
    • Smashin’ Popstar
  • ReComers

    • Lui Jin Xiang
    • Melzie
    • Tan Chi Hau
    • Yeoh Chen Chow
    • Yew Chang Yang
  • St. Michael's Institution

    • Brother Matthew Bay
    • Peter Khiew
    • SMI Alumni Association
  • It’s History

  • Listed in

    Listed on BlogShares

    BlogMalaysia.com

Blog at WordPress.com.

Theme: Mistylook by Sadish.